LONDON: Harry Kane meminta maaf kepada Declan Rice selepas ‘tidak mengendahkan’ rakan sepasukannya ketika meraikan jaringan England.
England mengalahkan Albania 2-0 awal pagi tadi menerusi jaringan Kane dan Mason Mount dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022.
Kane meledak gol pertamanya selepas enam perlawanan atau 500 hari sejak gol terakhirnya pada November 2019.
Sejurus tamat perlawanan, tular di media sosial video Rice mengangkat tangan untuk meraikan jaringan tetapi tidak dibalas oleh Kane.
Sedar video tersebut menjadi tajuk perbualan hangat di seluruh dunia, Kane kemudian menulis permohonan maaf kepada Rice secara bergurau di Twitter.
“Maaf kawan, saya patut memeriksa bahu saya,” kata Kane ketika membalas status Rice.
Rice dalam ciapannya sebelum itu menulis: “Saya menunggu untuk…Hello kegelapan, kawan lama saya datang.”
Some say @_DeclanRice is still waiting ??? pic.twitter.com/IZ8NxJeRDq
— England Football Fans (@EnglidsAway) March 28, 2021