Kalahkan United, trofi EPL milik City? - Utusan Malaysia

Kalahkan United, trofi EPL milik City?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola memuji kebangkitan hebat Manchester City ketika mencatat kemenangan ke-21 berturut-turut selepas membenam Wolverhampton 4-1 hari ini.

Begitupun tegasnya, City tidak terlalu meraikan kemenangan itu kerana perlu segera beralih fokus kepada perlawanan yang mampu menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United, Ahad kini.

Ketika ini, United dilihat sebagai pencabar terbesar skuad The Citizens untuk muncul juara dengan menghuni tangga kedua, 15 mata di belakang pendahulu.

Dalam aksi di Stadium Etihad, City bagaimanapun memerlukan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk menewaskan Wolverhampton.

Selepas membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain lawan, Leander Dendoncker pada minit ke-15, City kemudian dikejutkan dengan jaringan Conor Coady di minit ke-61.

Ketika permainan seperti akan berakhir dengan keputusan 1-1, dua gol Gabriel Jesus (minit ke-80, 93) dan Riyad Mahrez (90) memastikan kemenangan tuan rumah.

Guardiola menegaskan, persaingan merebut kejuaraan belum berakhir dan pasukannya bersedia untuk berdepan United di Etihad, Ahad ini.

“Manchester United! Itu saja yang kami fikirkan ketika ini.

“Juara masih milik Liverpool, kami cuma berada pada kedudukan baik untuk merampas kemenangan dan belum lagi menang,” kata Guardiola kepada BT Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya