PETALING JAYA: Hasrat Johor Tigris mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara di laman aendiri tidak kesampaian selepas tewas di separuh kepada Penang Black Panthers, sebentar tadi.
Dalam aksi penuh debaran yang berlangsung di Iskandar Puteri itu, Johor Tigris terpaksa akur dengan kakalahan 25-23, 21-23, 13-21 kepada Penang Black Panthers yang nyata menguasai hampir keseluruhan permainan.
Keputusan itu menyaksikan Penang Black Panthers bakal berdepan cabaran pemenang diantara juara Liga Sepak Takraw (STL), Kuala Lumpur Thunder dan ATM Guardians.
Tekong Penang Black Panthers, Zarif Marican Ibrahim Marican menganggap perlawanan itu ibarat perlawanan terkahir mereka dan menbuatkan setiap pemain beraksi bermati-matian untuk menang.
Katanya, mereka hanya menikmati perlawanan itu kerana sedar bahawa Johor Tigris berada dalam tekanan untuk beraksi cemerlang di tempat sendiri.
“Kami tidak jangka perlawanab akan jadi seperti ini tetapi matlamat kami memang nak menang sama macam pasukan lain yang berada di sini.
“Saya tahu Faisal Fuad (tekong Johor Tigris) ada mengalami kecederaan di pinggang dan sebab itu dia tidak boleh beraksi seperti sebelum ini.
“Kalau diikutkan ATM dengan KL sama saja, dua-dua kuat tetapi misi kami sama iaitu ingin menang namun kami tidak mahu terlalu yakin dalam aksi final esok,” katanya selepas tamat perlawanan.
Johir Tigris akan beraksi buat kali terakhir esok bagi penentuan tempat ketiga dan keempat sebelum aksi final.