BUCHAREST: Joshua Kimmich percaya, Jerman sepatutnya boleh menang besar dan menamatkan permainan lebih awal, namun mereka dipaksa berhempas pulas untuk mengalahkan Romania 1-0 pagi tadi.
Gol babak pertama Serge Gnabry sudah memadai untuk memberikan kemenangan tipis buat skuad Die Mannschaft dalam aksi Kumpulan J, kelayakan Piala Dunia 2022.
“Kami sepatutnya menyelesaikan permainan lebih awal dan menjadikan petang kami lebih tenang.
“Kami patut mengambil jalan mudah, malah bernasib baik di minit ke-90 kerana Romania hampir menjaringkan gol penyamaan,” kata pemain tengah Jerman, Kimmich.
Pemain sayap Bayern Munich itu yang sudah meledak 15 gol dalam 19 penampilan berkata, Jerman patut menang lebih besar selepas melakukan 18 percubaan tepat, berbanding hanya sembilan oleh tuan rumah.
Kemenangan itu membolehkan Jerman mengungguli Kumpulan J dengan perbezaan satu gol ke atas Armenia yang memenangi kedua-dua perlawanan pertama mereka. – AFP