Jepun belasah Mongolia 14-0 - Utusan Malaysia

Jepun belasah Mongolia 14-0

PEMAIN Mongolia terduduk selepas dimalukan 14-0 oleh Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIBA, Jepun: Jepun melakar rekod kemenangan terbesar mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia apabila membelasah Mongolia 14-0 hari ini.

Skuad The Blue Samurai yang memburu tiket Piala Dunia ketujuh berturut-turut tidak beraksi sejak November 2019 akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak menunjukkan aksi berkarat apabila penyerang Southampton, Takumi Minamino meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-13 dan menambah empat lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Sembilan lagi gol di babak kedua membolehkan Jepun melakar kemenangan kelima daripada lima perlawanan dengan meledak 26 gol serta tidak dibolosi.

Bagaimanapun mereka masih belum mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Perlawanan itu dilangsungkan secara tertutup di Jepun di sebalik Mongolia menjadi tuan rumah berikutan wabak Covid-19.

Minamino memulakan pesta gol selepas menewaskan penjaga gol Mongolia sebelum Yuya Osako dan Daichi Kamada meletakkan Jepun 3-0 kurang 30 minit permainan.

Gol sumbangan Hidemasa Morita dan jaringan sendiri pemain Mongolia, Khash-Erdene Tuya menyaksikan Jepun selesa selepas berakhir separuh masa pertama.

Osaka menjadikan kedudukan 6-0 selepas 10 minit bersambung babak kedua.

Pemain gantian, Sho Inagaki kemudian meledak gol pada penampilan pertamanya sebelum Junya Ito menyumbang dua gol serta satu gol menerusi Kyogo Furuhashi untuk Jepun semakin selesa.

Furuhashi menambah gol ke-11 sebelum Takuma Asano, Osako dan Inagaki menambah tiga lagi gol sebelum wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya