JDT mahu pertahan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

JDT mahu pertahan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim

BENJAMIN Mora (kiri) bersama kapten JDT, Aidil Zafuan memegang Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menjadi rebutan dalam perlawanan Piala Sumbangsih sempena pembukaan Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran awal dalam pembukaan Liga Malaysia 2021 apabila mahu memastikan Piala Sultan Ahmad Shah akan terus kekal berada di negeri ini ketika bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim esok.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, kemenangan amat penting buat skuad Harimau Selatan bagi mengorak langkah positif mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Katanya, dia mahu pertembungan menentang skuad Lang Merah itu dapat ditamatkan dalam tempoh 90 minit tanpa perlu diheret ke penentuan sepakan penalti.

“Walaupun persiapan tahun ini tidak seperti sebelumnya tanpa perlawanan persahabatan di luar negara disebabkan pandemik Covid-19, kami mempunyai alternatif lain dalam mencari keserasian dalam kalangan pemain dan meningkatkan standard permainan pasukan.

“Menjelang pertemuan esok, pemain sudah bersedia sepenuhnya dan mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan pada perlawanan ini.

“Ini adalah perlawanan yang perlu kami menang. Walaupun sudah memenanginya tiga kali berturut-turut sebelum ini, saya tetap anggap ini adalah yang pertama,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Disoal mengenai penyerang import JDT II, Fernando Rodriguez sama ada diturunkan pada perlawanan esok, pengendali kelahiran Mexico itu belum memberi kata putus sebaliknya menjelaskan bahawa penyerang kelahiran Brazil itu sudah menjalani latihan bersama skuad utama.

“Kita akan tunggu dan lihat sama ada dia akan diturunkan atau tidak memandangkan penyerang lain seperti Ahmad Hazwan Bakri berada pada prestasi terbaik buat masa ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya