Isu gaji tak setimpal tidak benar - Utusan Malaysia

Isu gaji tak setimpal tidak benar

AHMAD SHAPAWI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) membidas kenyataan Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) yang mendakwa jurulatih tempatan tidak menerima gaji yang setimpal

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kenyataan Makaf itu jelas menyimpang daripada situasi sebenar dan dakwaan berlaku sikap pilih kasih dalam peruntukan gaji jurulatih adalah tidak benar sama sekali.

“MSN akur dengan keputusan Makaf kerana mereka adalah badan sukan kebangsaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sukan karate di negara ketika ini tetapi kita juga mempunyai had tertentu dalam menentukan peruntukan serta kenaikan gaji jurulatih yang tertakluk kepada Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).

“Ia diguna pakai untuk semua jenis sukan supaya lebih adil kepada semua dan Makaf sememangnya maklum tentang perkara ini.

“Makaf dialu-alukan untuk menyediakan insentif tambahan kepada jurulatih yang sedia ada seperti yang dilakukan persatuan sukan yang lain yang mempunyai kemampuan kewangan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

SURAT yang dikeluarkan Makaf semalam.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata, isu melibatkan pengambilan jurulatih semuanya berpunca daripada masalah dalaman Makaf.

“Isu penamatan kontrak jurulatih luar, Ali Reza dari Iran yang merupakan pilihan mereka adalah masalah dalaman mereka dan kami akur dengan keputusan itu.

“Kedua untuk menutup pusat latihan atlet kata di Pulau Pinang dan memindahkannya ke Bukit Jalil juga kita akur walaupun pusat latihan itu banyak melahirkan atlet-atlet kata yang menyumbangkan pingat kepada negara.

“Pada mesyuarat jawatankuasa kerja Makaf pada 21 Januari, mereka mahukan tiga jurulatih mengendalikan program latihan kebangsaan dan pelapis tapi kelmarin mereka minta seorang lagi jurulatih untuk mengendalikan program pembangunan. MSN berpandangan bahawa cadangan itu masih awal kerana pandemik Covid-19 yang belum reda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN