Hanya jurulatih 2 perlawanan? - Utusan Malaysia

Hanya jurulatih 2 perlawanan?

THOMAS DOOLEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang, pasukan Sri Pahang merehatkan jurulatihnya, Thomas Dooley dan pembantu jurulatih, Christopher Gamel hanya selepas dua perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Keputusan tersebut dibuat ekoran dua kekalahan berturut-turut yang dialami skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Super yang membuka tirai 5 Mac lalu.

Berita itu nyata mengejutkan penyokong Pahang, malah dianggap ‘rekod baharu’ liga apabila jurulatih direhatkan hanya selepas dua perlawanan.

Difahamkan, tugas ketua jurulatih akan digalas buat sementara oleh pengurus yang juga jurulatih Tok Gajah musim lalu, Dollah Salleh dalam usaha mencari kemenangan pertama.

Pahang sebelum ini memulakan kempen liga dengan kekalahan 1-3 kepada Selangor, sebelum tumpas 0-2 kepada Perak di laman sendiri, Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya