Hamidin cipta sejarah FAM - Utusan Malaysia

Hamidin cipta sejarah FAM

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Hamidin Mohd. Amin mencipta sejarah tersendiri apabila muncul Presiden Bolasepak Malaysia (FAM) pertama dilantik menjadi Chef De Mission (CDM) ke Sukan SEA.

Hamidin dilantik sebagai CDM bagi Sukan SEA di Vietnam, November ini oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan ia merupakan satu penghormatan kepada industri bola sepak negara.

Beliau menjadi Presiden FAM pertama yang dipilih sebagai CDM sejak penyertaan Malaysia sebagai Persekutuan Tanah Melayu di Sukan SEAP bermula 1959 di Bangkok.

Sebanyak 40 jenis sukan bakal dipertandingkan pada Sukan SEA yang dijadual dari 21 November hingga 2 Disember ini.

Kontinjen bakal disertai barisan kombinasi atlet senior dan pelapis sebagai medan menimba pengalaman.

“Pelantikan ini bukan sahaja penghargaan besar buat saya tetapi juga satu penghormatan buat FAM dan industri bola sepak secara umumnya.

“Terima kasih kepada MOM yang diketuai Presidennya Tan Sri Norza Zakaria bersama ahli majlisnya yang dalam mesyuarat hari ini sebulat suara memilih saya sebagai CDM. Pelantikan ini sememangnya tugas yang berat tetapi amanah yang perlu saya galas sebaik mungkin.

“Dengan sokongan MOM dan MSN serta anggota urus setia, saya yakin kita dapat beri sokongan yang kuat buat setiap ahli kontinjen negara untuk berdepan Sukan SEA,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya