Haaland bawa Borussia ke suku akhir - Utusan Malaysia

Haaland bawa Borussia ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND: Erling Braut Haaland muncul wira Borussia Dortmund apabila dua jaringannya membantu kelab Jerman itu seri 2-2 dengan Sevilla hari ini, sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menerusi agregat 5-4.

Haaland yang turut menjaringkan dua gol ketika Dortmund menang 3-2 dalam aksi pertama, membuka jaringan rumah rumah di Signal Iduna Park pada minit ke-35.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua Dortmund di minit ke-54.

“Ia perlawanan sukar. Saya sebenarnya keletihan tetapi untuk berada di pusingan seterusnya adalah sesuatu yang bagus.

“Ia perlawanan yang gila, kemenangan yang menakjubkan,” kata Haaland kepada Sky Sports.

PEMAIN Borussia Dortmund meraikan kejayaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Sevilla cuba melakukan kebangkitan menerusi Youssef En-Nesyri yang merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-69, diikuti gol penyamaan di waktu kecederaan.

Begitupun kebangkitan itu sudah terlewat, dan Dortmund berjaya bertahan dengan baik sehingga wisel penamat ditiupkan.

“Kami tidak gembira dengan keputusan ini. Sebenarnya kami tidak bernasib baik. Mereka ada satu peluang dan menjaringkan gol,” kata En-Nesyri kepada Movistar.

Pemain terbaik perlawanan, Haaland kini muncul penjaring terbanyak kejohanan musim ini dengan meledak 10 gol daripada enam penampilan.

Bintang Norway itu juga menjadi pemain termuda menjaringkan 20 gol dalam 14 perlawanan keseluruhan, sekali gus memecah rekod Kylian Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya