Gol sendiri kecewakan Perancis - Utusan Malaysia

Gol sendiri kecewakan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jaringan sendiri Presnel Kimpembe menafikan hajat juara bertahan, Perancis untuk memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan langkah kanan apabila diikat 1-1 oleh Ukraine hari ini.

Dalam aksi Kumpulan D di Stade de France, Antoine Griezmann memberi permulaan baik buat Perancis apabila mendahului perlawanan seawal minit ke-19.

Ukraine bagaimanapun meningkatkan tekanan kepada skuad Les Bleus dengan melancarkan serangan sebaik saja babak kedua bersambung.

Hasilnya, Ukraine berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hanya 15 minit selepas babak kedua bersambung.

Jaringan berpunca daripada rembatan Serhiy Sydorchu yang terkena Kimpembe sebelum menembusi gawang sendiri.

Perancis akan meneruskan kempen dengan menentang Kazakhstan, Ahad ini, diikuti Bosnia pada Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya