Gol 'ihsan' Dawson selamatkan United - Utusan Malaysia

Gol ‘ihsan’ Dawson selamatkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United melakukan apa yang sepatutnya – memenangi perlawanan untuk memintas Leicester City dan kembali ke tangga ketiga.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu gagal mempamer aksi terbaiknya pagi tadi, namun mereka tidak peduli asalkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan.

Gol sendiri pemain West Ham, Craig Dawson sudah cukup untuk membantu United menang 1-0 di Old Trafford, sekali gus kembali ke tangga kedua dengan satu mata mengatasi Leicester.

West Ham pula di tangga kelima dengan 48 mata – sembilan mata ditinggalkan United dan tiga mata di belakang kelompok empat terbaik.

Solskjaer menyifatkan kemenangan itu amat penting kerana mereka mengharungi minggu yang sangat ‘besar’ dan mustahak.

United akan bertandang ke Milan, Itali untuk aksi kedua, pusingan 16 akhir Liga Europa, Khamis ini.

Red Devils yang terikat 1-1 dalam perlawanan pertama menentang AC Milan minggu lalu kemudian akan menentang Leicester pada suku akhir Piala FA, Ahad ini.

“Kami mula membina momentum dan melebarkan jurang dengan West Ham, itu paling penting.

“Kami mahu memperbaiki pencapaian musim lalu dengan menduduki tangga kedua, mara ke final (Piala FA, Europa) jadi minggu ini sangat mustahak,” kata Solskjaer.

United kini tidak tewas dalam 13 perlawanan dan hanya dibolosi satu gol dalam enam aksi terakhir.

Mereka bagaimanapun sudah terlalu jauh ditinggalkan pendahulu, Manchester City dengan 14 mata di belakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya