Gol '36 saat' julang Kelantan United - Utusan Malaysia

Gol ’36 saat’ julang Kelantan United

GASSAMA Alfusainiey meraikan jaringan pantasnya seawal 36 saat ketika membantu Kelantan United menumpaskan Perak II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - IHSAN KELANTAN UNITED FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) terus mempamerkan ‘taring’ dengan melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Perak II 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pemain import dari Gambia, Gassama Alfusainey mencipta rekod jaringan ‘terpantas’ saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila meledak gol  pembukaan ketika  saingan baru berlangsung 36 saat.

Gol pantas itu berpunca dari hantaran ‘gelembung buaya’ yang dibuat oleh tonggak vateran, Mohd. Badhri Radzi dan tanpa dikawal Gassama tenang menoktahkan bola itu digawang gol Perak II FC.

Tuan rumah terus bernafsu untuk menambah jaringan namun barisan pemain Syamsul Mohd. Saat tenang mematahkan setiap serangan KUFC yang diketuai oleh Gassama.

Bersambung babak kedua, KUFC bermula garang dengan menambah jaringan kedua menerusi pemain sayap lincah Mohamad Amirul Shafiq Che Soh yang tidak dikawal tenang menewaskan Muhammad Farhan Abdul Hamid pada minit 50.

Lapan minit berselang Perak II FC menghukum ‘keghairan’ tuan rumah dengan merapatkan jurang jaringan menjadi 2-1 pada minit ke-58 menerusi Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar.

Jaringan itu telah membangkitkan semangat pemain Perak II FC untuk melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah.

Minit ke-81 Gassama yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila tandukkannya sekadar mengegar tiang gol sebelah kiri meskipun penjaga gawang Perak II FC Muhammad Farhan sudah tertewas ketika itu.

Tuan rumah terus bernafsu untuk menambah jaringan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Situasi itu turut menghantui pelawat apabila beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan sekaligus menyaksikan tuan rumah meraih tiga mata penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya