Frappart wanita pertama adili aksi kelayakan Piala Dunia lelaki - Utusan Malaysia

Frappart wanita pertama adili aksi kelayakan Piala Dunia lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Stephanie Frappart memahat satu lagi sejarah apabila muncul pengadil wanita pertama mengendalikan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia lelaki.

Berusia 37 tahun, Frappart mengendalikan perlawanan Belanda menentang Latvia hari ini dengan amat baik. Skuad Oranje menang 2-0 dalam aksi di Amsterdam.

Tidak banyak insiden berlaku dalam perlawanan tersebut dan Frappart turut melayangkan empat kad kuning buat Kriss Karklins, Janis Ikaunieks, Daley Blind dan Luuk De Jong.

Pengadil kelahiran Perancis itu sebelum ini mencipta sejarah sebagai wanita pertama mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara ketika Juventus mengalahkan Dynamo Kiev 3-0, Disember lalu.

Frappart turut memahat sejarah apabila mengendalikan perlawanan Piala Super 2019 di antara Liverpool dan Chelsea, selain diberi kepercayaan mengadili aksi Ligue 1 pada tahun yang sama.

KATERYNA MONZUL

dari Ukraine akan mengikut jejak Frappart apabila bakal mengadili aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Austria dan Kepulauan Faroe awal pagi esok.

Pengadil legenda, Pierluigi Collina memuji pencapaian yang diraih Frappart dan Monzul apabila menempatkan diri dalam pentas yang dikuasai lelaki.

“Biarpun mereka sudah beberapa kali mengendalikan perlawanan penting lelaki, tetapi menjadi pengadil dalam kelayakan Piala Dunia adalah sesuatu yang istimewa dan amat dibanggakan.

“Mereka bekerja keras sejak beberapa tahun lalu dan pemilihan mereka adalah satu pengiktirafan kepada prestasi cemerlang yang ditunjukkan sebelum ini,” kata Collina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya