Ejekan punca Perak, JDT tegang - Utusan Malaysia

Ejekan punca Perak, JDT tegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ejek mengejek dan kata mengata dipercayai adalah faktor menyebabkan berlaku ketegangan antara seorang pemain Perak dengan seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan di Stadium Perak malam tadi.

Dipercayai berlaku pertikaman lidah antara pemain kedua-dua pasukan sehingga menyebabkan keadaan sedikit kecoh selepas perlawanan tamat.

Dalam insiden di hadapan tempat duduk utama stadium antara kerusi pemain simpanan kedua-dua pasukan itu, suasana tiba-tiba menjadi tegang selepas pemain kedua-dua pasukan bersalaman.

KEADAAN tegang di antara pemain Perak FC dan JDT selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh malam tadi. – UTUSAN

Ketika pemain berpusu-pusu hendak keluar ke bilik persalinan tiba-tiba kelihatan seorang pemain JDT cuba ditenteramkan dan dihalang daripada menyerang seorang pemain Perak oleh rakan sepasukan.

Kekecohan selama beberapa minit itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam perlawanan semalam Perak dan JDT terikat 2-2 di akhir permainan. Tuan rumah mendahului 2-0 melalui dua jaringan Guilherme De Paula.

Pelawat bagaimanapun berjaya memadam kelebihan tuan rumah lewat separuh kedua melalui Akhyar Rashid dan penalti Leandro Sebastian Velasquez.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya