Dua gol Buff bawa Selangor ke puncak - Utusan Malaysia

Dua gol Buff bawa Selangor ke puncak

OLIVEr Buff meledak dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Sri Pahang 3-1 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selangor FC mulakan saingan Liga Super dengan bergaya apabila membenam Sri Pahang 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Biarpun bermain dalam keadaan hujan dan padang basah Red Giants dilihat lebih selesa menguasai permainan dengan melancarkan beberapa berbahaya.

Bermula dengan percubaan Shahrel Fikri Md.Fauzi dari luar kotak penalti yang singgah di palang skuad Tok Gajah, sebelum rembatan Wan Zack Haikal melewati tiang gol lawan.

Usaha Selangor FC untuk mencari gol pembukaan akhirnya berjaya hasil rembatan cantik pemain import dari Switzerland, Oliver Buff pada minit terakhir babak pertama untuk meletakan tuan rumah mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Karsten Neitzel terus garang dan kali ini giliran Shahrel Fikri membuka akaun gol bagi saingan musim ini hasil tandukan pada minit ke-54.

Namun, Tok Gajah kembali bangkit merapatkan jaringan hasil sepakan bola mati yang disempurnakan Nor Azam Azih pada minit ke-69 untuk menewaskan penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Khalid.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat skuad kendalian Dooley Thomas apabila mula selesa mengatur gerakan dan hampir menyamakan kedudukan hasil tandukan Herold Goulon pada minit ke-80 tapi dinafikan Khairulazhan.

Begitupun, Buff memastikan kemenangan mutlak menjadi milik tuan rumah dan juga menambah gol kedua peribadinya dalam penampilan pertama di Liga Malaysia apabila memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti Sri Pahang, hasil rembatan kencang untuk menewaskan Helmi buat kali ketiga pada minit terakhir perlawanan.

Kemenangan itu juga meletakkan Selangor FC menerajui takhta Liga Super mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Kedah Darul Aman FC, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya