Belum menang, Melaka United dah kena tolak mata - Utusan Malaysia

Belum menang, Melaka United dah kena tolak mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka United FC yang masih belum meraih kemenangan meskipun telah bermain dalam empat perlawanan Liga Super musim ini ditimpa malang apabila berdepan hukuman potongan tiga mata.

Badan bebas, First Instance Body (FIB) hari ini mengumumkan pasukan itu dikenakan hukuman pemotongan tiga mata serta-merta bagi saingan Liga Super 2021 di atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Sharif secara persidangan video bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Dalam mesyuarat tersebut, tiga kes telah dibincangkan iaitu membabitkan pasukan Melaka, Sarawak United FC dan Kelantan FC.

“Berhubung kes membabitkan Melaka United, pasukan tersebut pada tarikh akhir pertama iaitu pada 31 Januari 2021 telah berjaya membuat pembayaran daripada tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut pelan jadual pembayaran.

“Namun bagi pembayaran tarikh akhir kedua, Melaka United didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang dipersetujui dan ditetapkan sekali gus dikenakan hukuman pemotongan tiga mata.

“FIB berharap bahawa keputusan ini dijadikan teladan untuk memastikan Melaka United mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan pada masa akan datang.

“Jika pasukan terbabit mengulangi kesalahan yang sama, perkara itu akan dibawa ke FIB untuk keputusan dan tindakan yang seterusnya,” kata FIB dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, FIB mengambil maklum usaha dan komitmen Sarawak United FC dan Kelantan FC dalam menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka.

Unit Pelesenan Kelab MFL akan terus memantau dan memastikan kedua-dua pasukan tersebut terus menunjukkan komitmen dalam menangani isu ini sehingga selesainya baki tunggakan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya