Belanda tumbang di Istanbul - Utusan Malaysia

Belanda tumbang di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Belanda memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan aksi buruk apabila tumpas 2-4 kepada Turki dalam saingan Kumpulan G hari ini.

Penyerang veteran, Burak Yilmaz muncul wira Turki apabila meledak hatrik dalam saingan yang berlangsung di Istanbul.

Tuan rumah mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi dua jaringan Yilmaz dan Hakan Calhanoglu.

Dua gol dalam tempoh seminit menerusi Davy Klaassen (minit ke-75) dan Luuk de Jong (minit ke-76) membolehkan Belanda merapatkan jurang 3-2.

Begitupun, ketika saingan berbaki sembilan minit, Yilmaz menyempurnakan sepakan bebas bagi memastikan kemenangan 4-2 Turki.

“Keputusan yang amat teruk dan satu tamparan buat kami.

“Apa pun, kami baru mengharungi halangan pertama daripada 10 aksi kelayakan, kami harus pastikan tiada lagi mata tercicir selepas ini.

“Turki adalah lawan yang bagus, namun kami tidak sepatutnya tewas kepada mereka.

“Saya fikir keputusan ini sangat teruk tetapi saya tidak berdiri di sini untuk menangis. Kami kena bangkit dengan lebih baik,” kata pengurus Belanda, Frank De Boer.

Belanda akan meneruskan kempen dengan menerima kunjungan Latvia, Sabtu ini sebelum bertandang ke Gibraltar pada Selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya