'Badi' seri hantui Melaka United - Utusan Malaysia

‘Badi’ seri hantui Melaka United

JORDAN Mintah (kanan)berazam untuk mendakap Piala Malaysia bersama Terengganu dalam edisi kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Melaka United terus buntu dalam pencarian mendapatkan kemenangan sulung apabila terikat 1-1 dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan seri itu merupakan yang keempat berturut-turut dicatatkan Melaka United manakala rekod kemenangan 100 peratus Terengganu FC sebelum ini turut tercalar.

Pelawat yang dibimbing Zainal Abidin Hassan memerlukan tiga minit untuk mengejutkan tuan rumah berpunca daripada bola hantaran S. Kumaahran yang terkena tangan Shahrul Nizam Ros Hasni dalam kotak penalti.

Kesempatan itu tidak disia-siakan penyerang import, Alex Goncalves yang melakukan rembatan kencang sekali gus menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim.

Jaringan itu menaikkan selera pelawat untuk menambah tekanan menyaksikan gerakan Sony Norde dalam kawasan berbahaya ditepis Rahadiazli pada minit ke-15.

Pintu gol Melaka United yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat pula hanya diuji pada minit ke-33 melalui sepakan percuma Makan Konate yang tersasar ke sebelah tepi.

Wisel babak kedua ditiup dengan Terengganu FC membuat tiga pertukaran pemain untuk memperkemaskan jentera tengah dan usaha itu membuahkan hasil pada minit ke-66.

Jordan Mintah bijak melepasi kawalan Jang Sukwon dan menyudahkan hantaran pendek Marcel N’Guessan untuk menyamakan jaringan 1-1.

Kemenangan nyaris menjadi milik pelawat, malangnya tolakan pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-78 di depan pintu gol sekadar tinggi memaksa kedudukan kekal sehingga tamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya