Atletico Madrid cari 'penyakit' - Utusan Malaysia

Atletico Madrid cari ‘penyakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Atletico Madrid sekali lagi mencicirkan mata dalam saingan La Liga selepas sekadar seri 0-0 pagi tadi biarpun lawan mereka Getafe beraksi dengan 10 pemain.

Keputusan tersebut membuka peluang buat dua gergasi La Liga, Real Madrid dan Barcelona untuk menghambat Atletico, sekali gus menjadikan persaingan amat sengit.

Real sebelum itu bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Elche 2-1, berterima kasih kepada dua jaringan Karim Benzema.

Anak-anak buah Zinedine Zidane kini menduduki tangga kedua dengan enam mata di belakang Atletico.

KARIM Benzema meraikan jaringannya ketika menentang Elche.

Barcelona pula boleh melonjak ke tangga kedua dan merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu jika menang ke atas Huesca, Selasa ini.

Getafe bermain dengan 10 orang selepas Allan Nyom dibuang padang pada minit ke-70.

Atletico mempunyai peluang terbaik untum membuka jaringan Luis Suarez, namun rembatannya terkena palang dan Moussa Dembele dua kali hampir menjaringkan gol.

Kegagalan memecah kebuntuan bermakna skuad kendalian Diego Simeone kini hanya menang dua kali dalam tujuh perlawanan terakhir (semua pertandingan).

Mereka juga akan membawa misi sukar apabila bertandang ke London Khamis ini selepas ketinggalan 0-1 kepada Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Kami melakukan segala-galanya yang termampu namun bola tidak masuk ke dalam gol. Kami hanya berpuas hati dengan meraih satu mata,” kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya