Arsenal selangkah ke suku akhir - Utusan Malaysia

Arsenal selangkah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIRAEUS, Greece: Mikel Arteta berikrar, Arsenal tidak akan mengubah gaya permainan mereka selepas selangkah menghampiri suku akhir Liga Europa.

Jaringan Martin Odegaard, Gabriel dan Mohamed Elneny membolehkan Gunners menumpaskan Olympiacos 3-1 dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir di Stadium Karaiskakis hari ini.

Pada satu ketika, kelab Liga Perdana Inggeris itu kelihatan seperti menuju keputusan seri sehinggalah Gabriel dan Elneny meledak gol pada lewat permainan.

Begitupun beberapa kesilapan ‘biasa’ hampir menggugat Arsenal, termasuk tindakan pemain tengah mereka, Dani Ceballos melepaskan bola kepada lawan untuk gol tuan rumah pada minit ke-58.

Arteta sedar dia perlu membuat beberapa keputusan yang boleh mengurangkan kesilapan seperti itu, namun pertukaran tersebut tidak harus mengorbankan gaya permainan Arsenal.

“Kami memulakan perlawanan dengan amat baik, menguasai serta mencipta banyak peluang.

“Kami membenarkan lawan mendapat gol ketika cuba keluar dari kawasan pertahanan, namun kami menunjukkan tindak balas yang bagus untuk menambah dua lagi jaringan.

“Secara keseluruhan kami meraih keputusan positif tetapi kami kena berhenti daripada melakukan kesilapan yang mampu mengundang padah.

“Bagaimanapun ia tidak bermakna kami kena berhenti daripada cara permainan sendiri,” kata Arteta kepada BT Sports.

Arsenal akan menerima kunjungan Olympiacos dalam aksi timbal balik di Stadium Emirates, London pada 19 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya