Aksi cemerlang Azfar sekat hajat Kedah berpesta gol - Utusan Malaysia

Aksi cemerlang Azfar sekat hajat Kedah berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah berpeluang berpesta gol dalam aksi Liga Super berdepan UiTM yang mengakhiri permainan dengan 10 pemain namun kecemerlangan penjaga gol tuan rumah, Azfar Arif Sukri memastikan pasukannya sekadar tewas tipis 1-0, sebentar tadi.

Turun ke Stadium UiTM, Shah Alam, skuad Lang Merah dilihat mudah untuk membawa pulang tiga mata berdepan pasukan tercorot liga itu, namun sebaliknya mereka dipaksa bekerja keras dan hampir berkongsi mata jika tidak kerana aksi cemerlang penjaga gol, Shahril Sa’ari.

Pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya hampir mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-25 menerusi percubaan deras dari jarak 30 meter namun berjaya ditepis keluar Azfar.

Penyerang UiTM, Abou Bakr Al Mel turut berpeluang membuka tirai jaringan namun tandukannya berjaya dinafikan Shahril pada minit ke-32.


Usaha Kedah untuk memburu gol pendahuluan akhirnya terhasil pada minit ke-42 menerusi ledakan Faizat Ghazali pada minit ke-42.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Dua minit bersambung babak kedua, penyerang dari Ghana, Nana Poku berpeluang menjaring gol penyamaan buat tuan rumah tetapi rembatannya tepat ke dakapan Shahril.

Tekanan yang diberikan Kedah nyata memaksa UiTM lebih banyak bertahan dan banyak melakukan kekasaran, akibat aksi keras itu menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain 10 pemain pada minit ke-54 apabila Farid Nezal dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Tchetche Kipre.

Kelebihan bermain menentang 10 pemain nyata tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Kedah apabila beberapa peluang di depan gol tidak disudahkan dengan sempurna, selain aksi cemerlang Azfar menafikan percubaan pemain pelawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya