Aguero ledak gol pertama liga selepas setahun - Utusan Malaysia

Aguero ledak gol pertama liga selepas setahun

PEMAIN Manchester City meraikan jaringan Sergio Aguero (No. 10) ketika menentang Fulham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola memuji Sergio Aguero yang menjaringan gol pertama Liga Perdana Inggeris selepas lebih setahun ketika membantu Manchester City menumpaskan Fulham 3-0 pagi tadi.

Kemenangan di Craven Cottage itu membawa City menghampiri kejuaraan liga dengan mengungguli carta menerusi kelebihan 17 mata.

Selepas berehat panjang akibat kecederaan dan masalah kesihatan, penjaring terbanyak kelab, Aguero menyempurnakan penalti pada babak kedua untuk gol ketiga City.

Terdahulu, jaringan John Stones dan Gabriel Jesus pada separuh masa kedua membolehkan The Citizens mendahului 2-0.

Aguero menjaringkan gol liga pertamanya sejak Januari 2020 untuk membolehkan City memenangi 23 daripada 24 perlawanan terakhir.

SERGIO Aguero menyempurnakan penalti untuk gol liga pertamanya sejak Januari 2020.

“Dia juga beraksi sepanjang 90 minit buat kali pertama selepas sekian lama,” kata Guardiola.

Guardiola melakukan banyak pertukaran dalam perlawanan itu, namun City terbukti memiliki barisan simpanan yang sama kuat dengan skuad utama.

Disebabkan aksi Liga Juara-Juara menentang Borussia Monchengladbach di Budapest, Rabu ini, Guardiola melakukan tujuh pertukaran dengan Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez berada di bangku simpanan sehingga 90 minit.

“Kami akan berlepas ke Budapest dalam keadaan baik. Adakalanya, pemain tidak mempercayai saya tapi saya mahu semua orang terlibat.

“Adakalanya ia agak sukar tapi semua orang perlu memberi sumbangan untuk memenangi perlawanan dan kami akan berjuang sehingga hujung musim,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya