Hamilton menang 'drama' di Bahrain - Utusan Malaysia

Hamilton menang ‘drama’ di Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR: Lewis Hamilton merangkul kejuaraan ke-96 dalam kariernya selepas mengenepikan Max Verstappen pada perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) 2021, Grand Prix Bahrain yang penuh drama sebentar tadi.

Kedudukan pendahulu bertukar tangan tiga kali di antara dua pelumba yang sejak awal dijangka bersaing sengit sesama sendiri musim ini.

Verstappen yang memulakan saingan dari petak pertama mengejar Hamilton menuju ke penghujung perlumbaan, malah memintas pemandu Mercedes itu pada tiga pusingan terakhir menerusi gerakan dari luar trek.

LEWIS Hamilton (depan) dan Max Verstappen saling kejar mengejar dalam perlumbaan sengit di Litar Sakhir.

Ketika dia kelihatan semakin hampir membawa Red Bull menjuarai perlumbaan pertama 2021, Hamilton tanpa disangka  memintas pelumba muda Belanda itu.

Verstappen memberi tekanan untuk merampas semula kedudukan tapi tidak diberi ruang oleh Hamilton yang bertahan dengan baik sebelum melepasi garisan selaku pemenang.

“Perlumbaan yang amat sukar. Sejak awal lagi kami sudah menjangkakan ia akan sesukar ini dan memerlukan sesuatu yang istimewa untuk menang.

“Saya berjaya bertahan daripada tekanan yang diberikan. Antara perlumbaan paling sukar pernah saya harungi,” kata Hamilton.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas melengkapkan podium dengan menduduki tangga ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya