Syahmi sedia 'sapu' semua posisi - Utusan Malaysia

Syahmi sedia ‘sapu’ semua posisi

SYAHMI Safari (kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sedar ­dengan persaingan sengit bagi ­merebut posisi pertahanan kanan skuad kebangsaan, ­Syahmi Safari mengakui terbuka untuk beraksi di posisi lain bersama skuad Harimau Malaya.

Kata bintang Selangor berusia 23 tahun itu, dia perlu bersaing dengan Rizal Ghazali dan ­Matthew Davies, dua pemain yang amat berpengalaman.

Justeru, Syahmi sedia menjadi pemain serba boleh dan ber­aksi di mana-mana posisi yang diperlukan jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi memenuhi taktikal pasukan.

“Hari kelima latihan semua berjalan baik dan dari hari ke hari pemain kena cepat menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan dan sebagainya.

“Dari segi komunikasi semua bagus termasuk keserasian (walaupun 16 bulan tidak berlatih bersama). Kita juga tahu tempoh persediaan adalah singkat.

“Posisi kanan memang ada persaingan sengit dan ia bagus untuk pasukan negara.

“Dalam sesi latihan jurulatih ada juga meletakan saya di bek kiri, saya tidak kisah beraksi di posisi mana dan berjanji akan beri yang terbaik,” katanya ketika sesi latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Seri Gelam semalam.

Syahmi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan ketika muncul naib juara Piala AFF 2018 dan turut dinobat sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2018 pada Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019.

Rembatan cantik dari luar kotak pe­nalti itu menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF 2018 untuk mara ke final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya