Yamaha kekal dalam MotoGP sehingga 2026 - Utusan Malaysia

Yamaha kekal dalam MotoGP sehingga 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengeluar motosikal Jepun, Yamaha mengesahkan akan kekal bersaing dalam MotoGP hingga 2026.

Pasukan itu turut mengumumkan pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo dari Perancis bakal membawa cabaran mereka musim ini.

Quartararo, 21, akan membuat kemunculan sulung dalam kancah MotoGP, bertukar tempat dengan juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi menyertai pasukan satelit, Petronas SRT.

“Yamaha bangga mengambil bahagian dalam perlumbaan Grand Prix motosikal.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengesahkan kontrak diperbaharui lima tahun akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha, Toyoshi Nishida dalam satu kenyataan haru ini.

Kata Nishida, walaupun sudah 61 tahun berlumba dalam Grand Prix Dunia sejak 1961, Yamaha tetap bersemangat untuk menempuh cabaran.

Kalendar MotoGP musim 2021 akan membuka tirai pada 28 Mac di Qatar.

Kontrak Yamaha bersama SRT berada di tahun penghujung dan Pengarah Urusan, Lin Jarvis berkata ia mungkin digantikan dengan akademi VR46, yang dinamakan sempena Rossi dan nombor motosikalnya pada 2022.

Pengilang Honda, Ducati dan KTM turut menandatangani kontrak bersama Moto GP hingga 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya