MANCHESTER: Manchester United memanfaatkan nasib malang Southampton yang beraksi dengan sembilan pemain apabila berpesta gol 9-0 hari ini.
Kemenangan hebat di Old Trafford itu menyamai rekod jaringan terbesar Liga Perdana Inggeris.
United meledak empat gol pada babak pertama selepas pemain tengah Southampton, Alexandre Jankewitz dibuang padang seawal minit kedua.
Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer menambah lima lagi gol di separuh masa kedua, sekali gus menyamai rekod kemenangan 9-0 Leicester ke atas Southampton pada 2019 dan rekod mereka sendiri, mengatasi Ipswich 9-0 pada 1995.
Aaron Wan-Bissaka membuka jaringan dan Marcus Rashford menambah gol kedua United.
Jaringan sendiri Jan Bednarek menjadikan kedudukan 3-0 buat tuan rumah sebelum Edinson Cavani menambah gol keempat.
Red Devils menambah tiga lagi gol selepas Bednarek dibuang padang pada minit ke-86.
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 manakala Anthony Martial dan Scott McTominay masing-masing meledak gol pada waktu kecederaan. – AFP