Tuchel pamer sentuhan 'magis' - Utusan Malaysia

Tuchel pamer sentuhan ‘magis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel mengutip mata ketujuh daripada tiga perlawanan dalam tempoh lapan hari membimbing Chelsea untuk membawa Blues ke kelompok enam terbaik Liga Perdana Inggeris.

Pagi tadi, Chelsea memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan Jose Mourinho, Tottenham apabila menang 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur.

Sepakan penalti yang disempurnakan Jorginho pada pertengahan babak pertama memastikan kemenangan Blues

PEMAIN Chelsea meraikan kemenangan ke atas Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

“Kami amat gembira dengan keputusan ini. Ia perlawanan yang sukar menentang lawan yang kuat tapi kami mengawal permainan dengan baik.

“Ia bukan tentang cara saya mengendalikan pasukan, sebaliknya sikap pemain dan potensi yang ada pada mereka.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang sangat bagus dan bersikap terbuka. Saya gembira dapat menyertai mereka, malah menerima sokongan padu.

“Ia permulaan yang pantas tapi penerimaan pemain, kelab dan penyokong terhadap saya memudahkan semuanya,” kata Tuchel.

Sementara itu bagi Tottenham kekalahan terbaharu bukam saja meranapkan impian untuk bergelar juara, malah menyukarkan mereka merebut kelompok empat terbaik.

Spurs kini di tangga kelapan, tujuh mata di bawah kelayakan Liga Juara-Juara, dan di belakang Chelsea, yang melonjak drastik selepas Tuchel menggantikan Frank Lampard. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya