Tottenham pasukan penuh kesedihan - Utusan Malaysia

Tottenham pasukan penuh kesedihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho menyifatkan Tottenham sebagai ‘pasukan yang penuh kesedihan’ selepas mereka dimalukan kelab zon penyingkiran, Brighton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Jaringan babak pertama Leandro Trossard memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat Spurs yang tewas 1-3 kepada Liverpool, Jumaat lalu.

Kekalahan itu memberi tekanan kepada Tottenham untuk mengejar kelompok empat terbaik, malah mensia-siakan peluang merapatkan jurang dengan kelab tangga keempat, Leicester City yang keciciran mata ekoran kekalahan 1-3 kepada Leeds United hari ini.

Leandro Trossard (kanan) meledak gol tunggal kemenangan.

Spurs kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan enam mata ditinggalkan Leicester.

“Ia kekalahan kelima daripada 30 perlawanan, jadi kita boleh melihat dari perspektif berbeza. Setiap pasukan dalam Liga Perdana ada waktu turun naik.

“Sekarang kami dalam keadaan sukar. Keputusan kurang baik, kecederaan dan maruah diri. Pasukan dengan keyakinan adalah lebih baik daripada pasukan dengan kesedihan,” katanya.

Spurs beraksi tanpa bintang penyerang, Harry Kane yang meledak telah 14 gol dan 13 gerakan jaringan musim ini selepas kapten England itu cedera ketika menentang kepada Liverpool.

Tottenham memenangi lima perlawanan bulan ini (semua pertandingan) dan mara ke pusingan kelima Piala FA selepas mengalahkan Marine dan Wycombe.

Mereka juga akan beraksi dalam final Piala Liga, April ini selepas mengalahkan Brentford.

“Pada akhirnya matematik menjadi penentu musim anda, jadi kita lihat di mana kedudukan kami dalam Liga Perdana Inggeris hujung musim nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya