Salah luar biasa - Utusan Malaysia

Salah luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Mohamed Salah ‘luar biasa’ selepas bintang Mesir itu menamatkan kemarau jaringan dalam Liga Perdana dengan meledak dua gol ketika Reds menumpaskan West Ham  3-1 hari ini.

Salah mengharungi enam perlawanan liga tanpa menjaringkan gol sebelum  menamatkan kemarau pada babak kedua, iaitu gol pertamanya sejak Disember tahun lalu.

Penyerang berusia 28 tahun itu menambah satu lagi gol untuk memastikan Liverpool meraih kemenangan liga kedua berturut-turut.

Georginio Wijnaldum menambah gol ketiga Liverpool sekali gus membawa pasukan itu naik ke tangga ketiga liga.

“Apa yang Salah lakukan menerusi hantaran (Xherdan) Shaqiri luar biasa. Sentuhan pertamanya menakjubkan,” kata Klopp mengenai gol kedua Salah.

Selepas lima perlawanan tanpa kemenangan, juara bertahan itu kini menunjukkan tanda kebangkitan dengan menewaskan Tottenham 3-1, Khamis lalu dan membenam West Ham dengan jaringan sama.

“Pemain kami sangat cemerlang. Mereka tidak akan gembira jika gagal melakar kejayaan dan sentiasa mempunyai sikap itu.

“Kami bercakap mengenainya sejak beberapa minggu lalu dan menemui jalan penyelesaian. Ia perlawanan yang hebat dan sangat profesional,” kata Klopp. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya