Reynolds lengkapkan pembelian Wrexham - Utusan Malaysia

Reynolds lengkapkan pembelian Wrexham

RYAN Reynolds membeli kelab England, Wrexham bersama Rob McElhenney.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney melengkapkan pembelian kelab bola sepak England, Wrexham.

Pelakok utama Deadpool itu mengambil alih 100 peratus pegangan kelab Liga Kebangsaan tersebut daripada Wrexham Supporters Trust (WST).

Reynolds dan McElhenney membelanjakan 2 juta pound (RM11.16 juta) pelaburan di Wrexham di bawah terma perjanjian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Supporters Trust semalam, pelakon Kanada tersebut berkata, dia menyediakan dana dalam kadar segera dan mengenal pasti ‘pemain skuad utama menjadi keutamaan’.

“Ia adalah hari istimewa buat kami untuk menjadi pemilik dalam cerita sejarah panjang bagi Wrexham AFC.

“Bersama pemain, kakitangan, peminat dan komuniti tempatan, kita mampu mencapai impian untuk memperkembangkan pasukan dan kembali ke EFL.

“Beraksi di hadapan penonton yang ramai dan meningkatkan kualiti stadium selain menampilkan positif untuk komuniti di Wrexham,” kata Reynolds dan McElhenney dalam satu kenyataan bersama.

WST mengalu-alukan kehadiran pemilik baharu yang popular itu.

Wrexham berpangkalan di utara Wales tetapi beraksi dalam divisyen lima liga bola sepak Inggeris – jauh dari dunia popular dan terkenal seluruh dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya