Perak II mungkin terkubur? - Utusan Malaysia

Perak II mungkin terkubur?

MASA depan Perak II masih tidak menentu selepas kedudukan mereka belum diputuskan ketika Liga Malaysia 2021 tinggal kurang tiga minggu untuk membuka tirai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Liga Malaysia (Liga M) tinggal kurang tiga minggu untuk membuka tirai, namun hingga kini nasib Perak FC II dalam Liga Perdana masih tidak menentu.

Sehingga hari ini, pihak pe­ngurusan belum membuat keputusan mengenai pasukan feeder mereka.

“Saya tak berani komen perkara ini kerana tiada keputusan mengenainya setakat ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Khairul Shahril yang juga Ahli lembaga pengurusan Perak FC berkata, satu keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan berharap peminat tidak membuat sebarang spekulasi.

Perak II musim ini sepatutnya dikendalikan Syamsol Mohd. Saad yang menggantikan Abu Bakar Fadzim.

Utusan Malaysia difahamkan, pembubaran mungkin terpaksa dibuat ekoran kemelut kewangan dan kedudukan ­Perak FC sendiri yang belum kukuh.

Penutupan pasukan itu berikutan kemelut kewangan dihadapi Perak serta kedudukan Perak FC yang belum kukuh.

Pembayaran tunggakan gaji sebulan setengah berjumlah RM3.8 juta itu hasil usaha kerajaan negeri melalui dana yang diperolehi daripada sumbangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimanapun setakat ini pemain dan pegawai masih menunggu tunggakan gaji sebulan setengah yang dikhabarkan akan dibayar pada 7 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya