Pemain bola sepak sekarang 'jiwa kacau' - Utusan Malaysia

Pemain bola sepak sekarang ‘jiwa kacau’

SAFEE SALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penangguhan yang terlalu lama atau pembatalan Liga Malaysia (Liga M) bukan sahaja memberikan impak negatif terhadap kebajikan pemain dan pegawai, malah semua pihak yang terlibat dengan industri bola sepak negara.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali berkata, emosi dan mental mereka pasti terjejas jika liga tidak dapat diteruskan kerana bola sepak menjadi sumber pendapatan tunggal kepada pemain profesional.

Tambahnya, beliau boleh menerima sebarang penangguhan tetapi bukan kepada pembatalan kerana situasi itu pasti memberikan kesan besar kepada kemampuan pasukan dalam membayar gaji pemain.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu juga berharap, pihak kerajaan dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada industri bola sepak negara untuk kembali beroperasi.

“Buat masa ini, saya mewakili pemain-pemain lain boleh menerima keputusan MFL untuk menangguhkan Liga Malaysia kepada 5 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma saya harap tidaklah sampai dibatalkan, impaknya pasti sukar kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan Liga Malaysia, jadi saya mengharapkan MKN boleh memberi kelonggaran dalam soal ini.

“Inilah satu-satunya pendapatan kami dan saya harap MKN dapat melihat akan kepen­tingan daripada sudut ekonomi kerana industri bola sepak sebenarnya cukup besar di negara ini.

“Sebagai balasan, segala SOP (prosedur operasi standard) yang akan dibentangkan nanti, kami sebagai pemain akan ikuti tanpa sebarang masalah biarpun mungkin lebih ketat berbanding sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya