Nasib Liga M diketahui esok - Utusan Malaysia

Nasib Liga M diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mungkinkah Liga Malaysia (Liga M) bakal ditunda lagi atau berlangsung pada 5 Mac ini?

Jawapan itu dijangka diketahui esok menerusi pengumuman rasmi yang bakal disampaikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sudah pasti harapan tinggi di­letakkan oleh semua pasukan Liga M kepada kerajaan untuk membenarkan industri bola sepak kembali beroperasi.

Apa jua cara dan bagaimana prosedur operasi standard (SOP) dan pendekatan yang akan diambil untuk memastikan sukan ini dapat beroperasi dengan baik akan dipatuhi sepenuhnya oleh setiap pasukan.

“Harapan sudah tentu nak liga berlangsung secepat mungkin. Sebelum ini kita telah mendapat maklum balas positif daripada Datuk Seri Ismail Sabri mengenai cadangan dan SOP bagi kelonggaran sektor sukan dan rekreasi termasuklah industri bola sepak yang dibentangkan Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya juga yakin semua pasukan sudah bersedia untuk mematuhi dan mengikuti apa sahaja SOP yang ditetapkan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan pihak kerajaan.

“Menerusi pengalaman mengamalkan SOP musim lalu, KDA (Kedah Darul Aman) FC akan tetap menyokong usaha semua pihak untuk terus memerangi Covid-19.

“Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL yang melakukan usaha berterusan membuka peluang untuk menghidupkan kembali bola sepak di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Kamal Idris Ali.

MFL sebelum ini telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga M bagi musim 2021 pada 5 Mac ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga 18 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya