Minamino dipinjamkan ke Southampton - Utusan Malaysia

Minamino dipinjamkan ke Southampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Liverpool, Takumi Minamino menyertai Southampton secara pinjaman pada baki saingan musim 2020-2021.

Pemain antarabangsa Jepun itu kini dalam perjalanan ke St Mary’s selepas Reds dan The Saints mencapai persetujuan pada hari terakhir jendela perpindahan hari ini.

Minamino, 26, gagal mencipta impak sejak tiba di Anfield dari Red Bull Salzburg, Januari tahun lalu dengan hanya menjaringkan empat gol daripada 31 perlawanan.

Southampton kini menghuni tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris, dan akan bertandang ke Old Trafford pagi nanti untuk berdepan Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya