Melaka United idam gelaran Liga Futsal Kebangsaan - Utusan Malaysia

Melaka United idam gelaran Liga Futsal Kebangsaan

RIDZUAN Ahmad (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus bersama kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Melaka United selepas melancarkan Liga Futsal Melaka 2021 di Ayer Keroh semalam. - UTUSAN/AMRAN MULUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas menarik diri pada saingan Liga Futsal Kebangsaan tahun lalu ekoran masalah kewangan, kini Melaka United (MU) bakal membuat penampilan semula pada saingan yang dijadualkan berlangsung Jun ini.

Berbekalkan gelaran juara yang didakap pada 2017 dan 2018, MU kini membuat persiapan rapi untuk menggegar kembali Liga Futsal Kebangsaan musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Ridzuan Ahmad berkata, MU akan menampilkan skuad paling mantap setanding dengan barisan yang pernah bergelar juara sebanyak dua kali.

Menurutnya, MUSA akan menganjurkan Liga Futsal Melaka 2021 dari 6 hingga 28 Mac ini sebagai usaha memilih barisan pemain paling mantap untuk mengharungi cabaran Liga Futsal Kebangsaan, Jun nanti.

“Tahun lalu, kita tarik diri sebab masalah kewangan tapi musim ini kita kembali semula dengan semangat yang kuat untuk mengulangi pencapaian bergelar juara pada 2017 dan 2018.

“Justeru, penganjuran Liga Futsal Melaka 2021 mengikut format yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan memilih pemain terbaik untuk membawa cabaran MU nanti,” katanya selepas pelancaran dan pengundian Liga Futsal Melaka 2021 semalam.

Ridzuan berkata, kejohanan yang pertama kali dipertandingkan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000 itu bakal disertai sebanyak lapan pasukan yang dipilih daripada dibahagikan kepada dua kumpulan.

Menurutnya, kumpulan A dibarisi oleh SAMB, Merlimau Pasir FC, Seri Peringgit Bersatu dan Perma FC manakala dalam kumpulan B pula ialah MBMB FC, Bertam Hulu, White Star dan Andalas FC.

MUSA akan memperketakan prosedur operasi standard (SOP) ke atas lapan pasukan yang bertanding dan gelanggang di Kompleks Sukan Komuniti Krubong akan dikawal ketat selain penonton atau penyokong pasukan bertanding tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya