Mehmet tinggalkan Bos Gaurus? - Utusan Malaysia

Mehmet tinggalkan Bos Gaurus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketika Liga Malaysia (Liga M) tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyokong Perak dikejutkan dengan berita jurulatih mereka, Mehmet Durakovic akan menamatkan kontrak dengan Bos Gaurus.

Menurut khabar yang bertiup kencang dalam media sosial, kedua-dua pihak kini sedang berunding mengenai penamatan kontrak.

Difahamkan, jurulatih dari Australia yang akan tamat kontrak pada November ini tidak hadir dalam sesi latihan semalam (20 Februari).

Bagaimanapun sumber rapat Perak FC yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, setakat ini Mehmet masih Ketua Jurulatih Bos Gaurus dan isu itu tidak pernah dibangkitkan.

“Setakat ini Mehmet tidak pernah memaklumkan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.

“Begitu juga tiada perkhabaran dari Perak FC bahawa jurulatih itu akan digantikan, ” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu hairan bagaimana isu tersebut ditimbulkan sedangkan Mehmet sendiri tidak berkata apa-apa.

“Saya tahu ada perbincangan antara jurulatih itu dengan Perak FC, Jumaat lalu tetapi tidak tahu apa butirannya,” ujarnya.

Mehmet menyertai Perak pada pertengahan 2017 dan membantu mereka menjuarai Piala Malaysia 2018.

Pada 2019, dia membawa Bos Gaurus menjulang Piala FA dengan mengalahkan Kedah 1-0. Ok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya