Manchester United boleh lupakan trofi EPL - Utusan Malaysia

Manchester United boleh lupakan trofi EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Carlo Ancelotti percaya, pasukan lain sudah boleh melupakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kerana Manchester City bakal muncul juara selepas mengalahkan Everton 3-1 hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Citizens mendahului liga dengan 10 mata mengatasi pencabar rapat, Manchester United dan Leicester City.

Phil Foden, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva menemui sasaran di Goodison Park, sekali gus memastiman City melebarkan rekod kemenangan Liga Perdana kepada 17 perlawanan berturut-turut.

CARLO ANCELOTTI

“Sukar untuk menamakan pasukan lain (yang mampu menjuarai EPL) ketika ini. City dalam prestasi terbaik, mempunyai keyakinan dan kekuatan.

“Kami cuba bermain lebih fizikal tetapi sukar menentang Rodrigo, (Ruben) Dias dan (Aymeric) Laporte,” kata pengendali Everton, Ancelotti.

Everton yang memperoleh gol tunggal menerusi Richarlison kini menghuni tangga ketujuh liga.

BERNARDO Silva meraikan gol ketiga Manchester City di Goodison Park. – AFP

Pengurus City, Pep Guardiola berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang kini semakin hampir untuk merangkul gelaran ketiga dalam empat musim.

“Kami mempunyai kualiti di barisan hadapan tetapi ia sentiasa datang menerusi hantaran-hantaran.

“Kami hanya perlu lebih bersabar, dan ia terbukti ketika mendapat gol kedua,” kata Guardiola.

Dalam satu lagi perlawanan, Fulham terlepas peluang untuk mengutip mata penuh apabila Burnley bangkit mengikat mereka 1-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN