Malam malang Arsenal - Utusan Malaysia

Malam malang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta mempersoalkan kad merah yang diterima David Luiz, malah dua pemain Arsenal dibuang padang ketika tumpas 2-1 kepada Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Kata Arteta, tiada sentuhan berlaku ketika Luiz dipersalahkan kerana menjatuhkan Willian Jose pada waktu kecederaan babak pertama.

Pertahanan Brazil itu dibuang padang dan Ruben Neves menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan Wolves selepas Nicolas Pepe terdahulu membuka jaringan Gunners pada minit ke-32.

Arsenal bertambah malang apabila permainan bersambung selepas rehat. Joao Moutinho meledak gol kedua tuan rumah dari jarak 30 ela pada minit ke-50.

Ketika perlawanan berbaki 18 minit untuk ditamatkan, giliran penjaga gol, Bernd Leno menerima kad merah selepas terpegang bola di luar kotak penalti.

“Kami sedang berada pada prestasi terbaik dan boleh menang 3-0 atau 4-0, namun kad merah Luiz merubah segalanya.

“Saya melihat insiden itu 10 kali dari sudut yang berbeza dan tidak nampak ada sebarang sentuhan dilakukan.

“Kalau mereka ulang tayang dari 50 sudut berbeza untuk melihat apa yang berlaku, saya pasti terkejut. Saya sudah tengok banyak kali dan tiada sentuhan.

“Pasukan tetap mencuba, teruskan bermain dan percaya kepada diri sendiri.

“Selepas memulakan babak kedua, mereka masih berkeyakinan untuk menang, malangnya gol jarak jauh dan satu lagi layangan kad merah memusnahkan kami.

“Kami ada banyak peluang dan penjaga gol  juga amat cemerlang. Saya tidak mempersoalkan kad merah kedua tetapi saya akan merayu untuk kad merah Luiz,” kata Arteta.

Tujuh perlawanan tanpa kalah membantu Arsenal kembali merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan , namun kad merah ketiga Luiz dalam dua musim di menghukum Gunners.

Arsenal kini sudah menerima sembilan kad merah sejak Arteta mengambil alih kelab pada Disember 2019, tiga melebihi mana-mana kelab Liga Perdana yang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya