Lingard kembali menyerlah di West Ham - Utusan Malaysia

Lingard kembali menyerlah di West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jesse Lingard meledak dua gol dalam penampilan sulung bersama West Ham untuk membantu The Hammers menumpaskan Aston Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Dipinjamkan dari Manchester United, Lingard membalas kepercayaan pengurus, David Moyes dengan aksi cemerlang di Villa Park.

Pemain sayap berusia 28 tahun itu hanya membuat penampilan keempat musim ini selepas sering dipinggirkan di Old Trafford.

Perlawanan itu turut ditonton oleh pengendali England, Gareth Southgate, sekali gus memberi harapan buat Lingard untuk kembali menyarung jersi Three Lions selepas diketepikan sejak 2019.

Tomas Soucek membuka jaringan West Ham pada minit ke-51, sebelum Lingard menambah dua gol pada minit ke-56 dan 83.

Kemenangan itu meletakkan The Hammers ke tangga kelima liga dengan 38 mata, hanya dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Liverpool.

Villa yang mengalami kekalahan keempat daripada enam perlawanan kekal di tangga kesembilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya