Liga M, sepaktakraw, hoki dapat lampu hijau - Utusan Malaysia

Liga M, sepaktakraw, hoki dapat lampu hijau

PEMINAT bola sepak kita boleh menyaksikan Liga M kembali bulan depan selepas mendapat lampu hijau daripada MKN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M), sepaktakraw dan hoki boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan menjalani sesi latihan secara kuarantin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bermula Isnin ini.

Kebenaran itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas meneliti pembentangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkaitan perkara berkenaan.

“Menerusi pembentangan KBS, Kerajaan bersetuju memberi kebenaran bagi pasukan Liga M atau MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) Liga Hoki dan Liga Sepaktakraw (Piala Juara-Juara).

“Keputusan itu dibuat setelah buat penilaian risiko daripada pelbagai agensi dan kebenaran itu bermula Isnin ini 15 Februari.

“Tempat latihan dan pergerakan atlet adalah terkawal mengikut satu model gelembung sukan. Penginapan, kem atau rumah atlet perlu ikut SOP yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

PIALA Juara-Juara yang tertangguh kini boleh bersambung semula.

Dengan kebenaran ini, bermakna saingan Liga M 2021 kemungkinan besar bakal berjalan seperti dijadualkan MFL pada 5 Mac selepas ditunda sebelum ini akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 22 Januari lalu.

Akhirnya segala keluhan pihak-pihak daripada industri bola sepak didengari kerajaan sekali gus bakal memberi senyuman buat pasukan Liga M terutamanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan mengenai pembentangan sukan lain yang melibatkan individu khususnya masih diteliti dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Mengenai pembukaan aktiviti sukan lain khususnya individu tanpa sentuhan untuk tujuan kecergasan fizikal dan meingkatkan taraf kesihatan diri. Penelitian akhir sedang dibuat dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

LIGA Hoki Malaysia turut dibenarkan berlangsung.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya