Liga M menanti khabar gembira - Utusan Malaysia

Liga M menanti khabar gembira

PASUKAN Liga Malaysia berharap khabar gembira diberikan Majlis Keselamatan Negara apabila status pertandingan dijangka diumumkan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gaji pemain sudah dibayar, banyak belanja telah dikeluarkan sedangkan sumber kewangan amat terhad.

Satu lagi berita buruk daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mampu menyebabkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) daripada teruk menjadi ‘parah’ andai penundaan disambung.

Semua pasukan menyokong keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menunda tarikh sepak mula liga dari 26 Februari kepada 5 Mac akibat Perintah Kawalan ­Pergerakan (PKP).

Begitupun jika Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan liga harus ditunda sekali lagi, banyak pasukan akan sakit, malah mungkin ada yang ‘mati’.

“Jika sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, industri sukan negara khususnya bola sepak tidak boleh terus dianaktirikan kerana tidak diketahui bila penularan Covid-19 ini bakal berakhir.

“Keadaan akan lebih genting jika kerajaan menangguhkan lagi Liga M selepas hampir semua pa­sukan kini di peringkat akhir persiapan sebelum sepak mula dija­dualkan bulan depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Muhammed Suffian Awang kepada Utusan Malaysia.

Walaupun beraksi tanpa penonton menjejaskan sumber kewa­ngan, namun mereka rela jika itu yang perlu dipatuhi bagi membolehkan saingan diteruskan.

Bagi Perak FC, penundaan liga akan menyebabkan prestasi dan kantung pemain merosot.

“Pemain paling terkesan kerana ini kerjaya mereka, prestasi akan merosot jika tidak bermain.

“Pasukan turut kena tempias kerana sudah ikat kontrak, gaji kena bayar. Masalah juga akan timbul dengan penaja, mereka sudah buat perancangan,” kata Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed.

Khairul berkata, biarpun tidak bertolak ansur dengan isu keselamatan, namun berharap liga tidak dibatalkan atau ditunda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya