Liga M kena ' on time' demi Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Liga M kena ‘ on time’ demi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Liga Malaysia (Liga M) untuk memulakan saingan 5 Mac ini adalah atas kepentingan semua.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya sedar pelbagai kekangan dihadapi pasukan bagi memulakan musim baharu ini.

Keputusan memulakan saingan Mac ini demi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang bakal beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selain kelangsungan industri domestik.

AB GHANI HASSAN

“Keputusan ini relevan buat masa sekarang dan mendapat persetujuan semua hasil perbincangan secara dalam talian semalam.

“Pasukan kebangsaan meminta untuk mengadakan latihan pusat dan skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah setahun tidak berlatih bersama, jadi perkara ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya.

“Perjuangan pasukan kebangsaan adalah agenda nasional dengan setiap kelab bertanggungjawab dalam memastikan Harimau Malaya berada pada landasan terbaik untuk mendapat slot automatik ke pentas Piala Asia 2023.

“Kedua, MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan saingan penuh (22 perlawanan) di mana kami tidak mahu mengambil risiko yang akan memberi kesan kepada penaja, selain mengurangkan perlawanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cabaran terpaksa diambil jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

“Selain faktor cuti umum, tarikh-tarikh kejohanan Liga Juara-Juara Asia (AFC) melibatkan Johor Darul Ta’zim pada 21 April hingga 7 Mei dan Piala AFC melibatkan Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC pada 22 hingga 28 Jun 2021 turut diambil kira,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya