Lawan sikit cakap pengadil - Solskjaer - Utusan Malaysia

Lawan sikit cakap pengadil – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mahu pemainnya agar memberi tekanan kepada pengadil selepas Manchester United menjadi mangsa ketika kalah kepada Sheffield United, Khamis lalu.

United yang akan menentang Southampton awal pagi esok (4.15 pagi waktu Malaysia) dimalukan 1-2 oleh The Blades sebelum seri tanpa jaringan dengan Arsenal, Ahad lalu.

Solskjaer mempersoalkan keputusan pengadil membenarkan gol pembukaan Sheffield yang disempurnakan Kean Bryan, selain membatalkan jaringan Anthony Martial.

Billy Sharp menolak penjaga gol United, David De Gea ketika Bryan meledak gol, namun Harry Maguire dipersalahkan kerana mengasari penjaga gol lawan, Aaron Ramsdale sebelum Martial membolosi gawang.

“Saya menerima laporan daripada pengadil dan dua keputusan itu adalah salah.

“Mereka mengakui jaringan lawan sepatutnya dibatalkan dan jaringan kami dibenarkan. Ia memberi kesan kepada kami.

“Keputusan itu merubah momentum perlawanan apabila anda melihat lawan mendahului 1-0 atau anda patut di depan 1-0,” kata Solskjaer.

Solskjaer berkata, dia tiada masalah dengan ‘kesilapan manusia’ dan faham mengapa keputusan dilakukan tapi dia percaya pemainnya perlu memberi tekanan ke atas pengadil.

Katanya, sikap United yang jarang mempertikaikan keputusan pengadil membuatkan mereka sering mengambil kesempatan.

Skuad bimbingan Solskjaer kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan tiga mata di belakang Manchester City. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya