Keluarga diugut, Martial minta bantuan United ketatkan keselamatan - Utusan Malaysia

Keluarga diugut, Martial minta bantuan United ketatkan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anthony Martial meminta Manchester United membantu meningkatkan keselamatan di rumahnya selepas dia dan isterinya menjadi sasaran perkauman dalam media sosial.

Penyerang Perancis berusia 25 tahun itu ‘diserang’ teruk ketika United kalah kepada Sheffield United minggu lalu.

Isteri Martial, Melanie kemudian mendedahkan dia dan suaminya turut menerima pelbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh di Instagram.

Menurut sumber, Martial yang bimbang dengan keselamatan keluarganya, termasuk anak lelaki mereka bertemu pengurusan kelab untuk mendapatkan bantuan.

United tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi difahamkan bersedia membantu Martial.

Selain Martial, pertahanan Red Devils, Axel Tuanzebe turut menjadi sasaran selepas pasukan itu kalah kepada Sheffield dan seri 0-0 dengan Arsenal, Sabtu lalu.

Penyerang United, Marcus Rashford menyelar tindakan tersebut yang disifatkan sebagai ‘hilang nilai kemanusiaan’

Katanya, semua komen berunsur perkauman dan ugutan itu sebagai tiada perikemanusiaan, manakala sosial media berada pada tahap terburuk.

Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan berkata, mereka sedang menyiasat semua komen berAbaur ugutan dan perkauman. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya