Jersi JDT amat 'menggoda' - Utusan Malaysia

Jersi JDT amat ‘menggoda’

JERSI 'home' JDT untuk musim 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jersi baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya akan dilancarkan secara rasmi pukul 5.45 petang ini, namun ia sudah mencuri tumpuan ramai sebaik saja Facebook Johor Southern Tigers berkongsi rekaan terkini.

Rekaan yang dianggap ringkas, moden dan menarik itu berlegar dalam media sosial, malah buat kali pertama JDT akan memaparkan logo Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di bahagian depan, sekali gus meletakkan mereka sebaris Manchester United atau Barcelona.

Semalam, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal memberi ‘hadiah istimewa’ kepada penyokong JDT dengan ‘menanggung’ sebahagian daripada harga jersi baharu Harimau Selatan.

JERSI ‘away’ musim 2021.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bagi penyokong.

Harga jersi home dan away musim 2021 serta jumlah ‘diskaun’ istimewa yang akan diberikan bakal diumumkan dalam majlis pelancaran  nanti, begitu tahun lalu jersi yang dijual pada harga RM185 laris lebih 7,000 helai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN