Honda hanya pemain Portimonense untuk 5 hari - Utusan Malaysia

Honda hanya pemain Portimonense untuk 5 hari

USAHA Portimonense untuk mendaftarkan Keisuke Honda (kiri) gagal menyebabkan kontraknya hanya bertahan lima hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kontrak legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda bersama bekas kelab Safawi Rasid, Portimonense ditamatkan hanya selepas lima hari.

Perancang utama berusia 34 tahun itu, yang pernah beraksi buat AC Milan, CSKA Moscow dan Botafogo sepanjang 17 tahun kariernya menandatangani perjanjian enam bulan bersama kelab Liga Primeira dengan pilihan menyambung kontrak setahun.

Kehadirannya diumum dalam satu sidang akhbar minggu lalu dan Honda kelihatan bersedia bermain untuk kelab kesembilannya dengan harapan dapat mewakili Jepun pada Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

Begitupun Portimonense yang kini menghuni tangga keempat tercorot liga gagal mendaftarkan Honda ata sebab birokrasi walaupun pemain itu menyertai mereka secara percuma.

Perkembangan terbaharu itu menyebabkan veteran Jepun itu kini tanpa kelab setelah bersetuju untuk mengikat perjanjian tanpa membuat satu pun penampilan.

Honda tetap berharap dapat mencari pasukan baharu secepat mungkin untuk menyarung jersi Jepun di Olimpik. Dia sudah beraksi 98 kali untuk negaranya sebelum mengundur diri dari tugasan antarabangsa pada 2018.

Pemain itu baru saja meninggalkan kelab Brazil, Botafogo, Disember lalu. Dia hanya menjaringkan tiga gol dalam 27 perlawanan ketika Botafogo mengalami penyingkiran ke Serie B.

Sebelum itu, Honda hanya bermain empat permainan untuk pasukan Belanda, Vitesse Arnhem, meninggalkan mereka setelah pemecatan pengurus Leonid Slutsky.

Honda muncul sensasi bola sepak ketika bermain buat CSKA Moscow antara 2010 dan 2014 dengan membantu mereka memenangi treble domestik pada 2013.

Dia  kemudian memperoleh perpindahan percuma ke AC Milan, menjaringkan 11 gol dalam 92 perlawanan ketika menjuarai Piala Super Itali 2016 sebelum menuju ke Mexico setahun kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya