Hatrik Aubameyang julang Arsenal - Utusan Malaysia

Hatrik Aubameyang julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang meledak hatrik pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris untuk membantu Arsenal menumpaskan Leeds United 4-2 pagi tadi.

Buat kali pertama sejak Februari 2018, Gunners berjaya mendahului 3-0 pada babak pertama.

Kemenangan itu tidak merubah kedudukan Arsenal di tangga ke-10 liga, namun mereka merapatkan jurang dengan pasukan tangga keempat, Liverpool kepada enam mata.

Aubameyang tidak memulakan permainan hampir sebulan selepas dikuarantin kerana melawat ibunya yang sakit di luar negara.

AUBAMEYANG menyempurnakan penalti.

“Hatrik ini amat bermakna buat saya. Ia tempoh masa yang sukar buat saya.

“Ramai yang sayang saya, ibu saya dan keluarga. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab, selain penyokong,” kata Aubameyang.

Kapten Arsenal itu sebelum ini hanya meledak lima gol liga sepanjang musim dalam saingan yang mengecewakan buat Gunners.

Gol pertama Aubameyang hadir menerusi rendah di minit ke-13 mengatasi penjaga gol Perancis, Illan Meslier.

Dia kemudian menyempurnakan penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan manakala Hector Bellerin menewaskan Meslier bagi menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.

Dua minit memasuki separuh masa kedua, Aubameyang melengkapkan hatrik dengan menanduk bola hantaran Emile Smith Rowe. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya