FIFA arah Pahang bayar AS$1.2 juta kepada Sumareh - Utusan Malaysia

FIFA arah Pahang bayar AS$1.2 juta kepada Sumareh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FIFA mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka, Mohamadou Sumareh.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat setelah Sumareh mengemukakan aduan kepada badan bola sepak dunia itu mengenai gaji yang tidak dibayar, menurut laporan New Straits Times.

Pemain naturalisasi Malaysia pertama itu meninggalkan Pahang pada Ogos tahun lalu setelah mendakwa PBNP gagal membayar gajinya mengikut kontrak.

Menurut akhbar tersebut, mengikut kontrak, Sumareh sepatutnya menikmati kenaikan AS$5,000 (RM20,350) setahun selepas tahun kedua bersama Tok Gajah.

Begitupun pemain kelahiran Gambia itu mendakwa gajinya tidak stabil setelah menyertai mereka pada 2017.

AS$1.2 juta yang diumumkan FIFA adalah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pelanggaran kontrak untuk tahun 2020 dan 2021.

Ia jumlah terbesar yang dimenangi pemain di Liga Malaysia (Liga M).

Selepas meninggalkan Pahang di tengah kontroversi, Sumareh menyertai kelab Thailand, Police Tero FC untuk jangka pendek tahun lalu sebelum kembali ke Malaysia.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan minat mendapatkan pemain itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya