Faiz 80 peratus milik Kuala Kangsar FC - Utusan Malaysia

Faiz 80 peratus milik Kuala Kangsar FC

MOHD. FAIZ SUBRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mendapatkan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra sebagai duta, Kuala Kangsar FC (KK FC) bakal membuat kejutan sekali lagi apabila mengesahkan Mohd. Faiz Subri kini menuju ke kelab Liga M3 tersebut.

Pengurus KK FC, Datuk Shaharol Asafali berkata, pemenang Anugerah Puskas 2016 itu sudah 80 peratus bersetuju menyertai pasukannya, dengan segala tuntutan Faiz akan dipenuhi mereka.

“Berkenaan gaji, tempat tinggal dan segala perkara yang dipohon Faiz, KK FC tiada masalah untuk memenuhi permohonan tersebut.

“Cuma ejen dia kata tadi, Faiz ada Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Northern Lions tetapi sehingga kini belum ada lagi tindakan daripada pihak mereka untuk melakukan pemilihan atau apa-apa tawaran.

“Daripada segi suara balas ejennya, nampak macam berpuas hati, namun meminta tempoh dua hari untuk bagi jawapan 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KK FC menagih khidmat bekas pemain Pulau Pinang itu kerana pengalamannya mampu memimpin pemain muda bawah 25 tahun, bukan hanya di dalam, malah luar padang.

“Sudah tentu pasukan baharu seperti KK FC memerlukan pengenalan yang baik buat julung kali menyertai liga kebangsaan.

“Mesti ada seorang ikon yang boleh bawa KK FC sebab penyertaan kami ke Liga M3 bukan sekadar melepaskan batok di tangga tapi sebagai langkah serius untuk melangkah ke Liga Perdana mahupun Liga Super insya-Allah,” ujarnya.

Faiz, 34, berehat sepanjang 2019 dengan Pulau Pinang pasukan terakhir ­diwakilinya sehingga tamat Liga Malaysia 2018.

Pemain kelahiran Kedah itu sebelum ini turut menerima tawaran untuk menjadi jurulatih teknikal sukan teq­ball di Hungary.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya